Sunday 14 October 2012

HKL pisahkan Kembar Siam

Assalamualaikum...pembuka bicara hari ini.

Dalam tengah2 melayari internet..saya terjumpa satu info yang dah agak lama aku rasa...mengenai pembedahan bagi memisahkan pasangan kembar siam..ia merupakan kejayaan terbesar pihak Hospital Kuala Lumpur(HKL) dalam proses pembedahan kembar siam yang di katakan agak rumit.

Ia melibatkan pembedahan kembar siam yang berusia 1 tahun yang berasal dari Segamat, Johor. Kembar siam tersebut bercantum di bahagian tulang pinggul.

Pembedahan tersebut melibatkan 9 orang pakar bedah dan 36 orang jururawat turut memisahkan kembar yang bernama Muaiman dan Muaimin.

Pasangan tersebut turut berkongsi saluran kencing dan usus tetapi tidak mempunyai saluran dubur.


 
Muaiman(kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 april 2011
Info Kembar Muaiman Azli & Muaimin Azli :
  • Anak kedua dari 4 adik beradik
  • Lahir pada 14 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah, Johor
  • Mempunyai 3 kaki
  • Bercantum di tulang pelvik
  • Mempunyai 1 pundi kencing sahaja
  • Tiada dubur
  • Mempunyai 1 alat sulit sahaja
Tahukah anda ...HKL adalah pertama di dunia yang berjaya pisahkan pundi kencing kembar siam...

Begitu tinggi nilai ilmu perubatan dunia sekarang ni...tp tinggi lagi KUASA ALLAH SWT yang menentukan sesuatu...



Saturday 13 October 2012

DHIA A kena Radang Telinga

Assalamualaikum...

Setelah beberapa minggu kena jangkitan kuman di telinga kembar saya..akhirnya nampak positif...air/nanah tidak lagi keluar..

Alhamdulillah....tp  selesema masih ada, demam baru saje hilang...ubat antibiotik x dapat bg sebab terpaksa bagi ubat demam dulu...harap2 masalah ni xkan berulang lagi...semua ni bikin saya gundah gelana dong...hehe...saya nak share info mengenai masalah yang di panggil otitis media( jangkitan telinga tengah)
__________________________________________________________________


Otitis media ganggu pendengaran budak
Oleh HAFIZAH ISZAHANID

 
JANGKITAN telinga tengah (otitis media) memang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Malah antara 30 hingga 40 peratus kanak-kanak menghadapi masalah kesihatan ini.

Bagaimanapun disebabkan kanak-kanak pada awal usia tidak berkeupayaan berbahasa dengan sempurna, dia gagal memberitahu ibu bapa kesakitan dialaminya. Justeru, ibu bapa seharusnya lebih peka perkembangan anak dan memerhatikan kelainan tingkah lakunya.

Antara gejala otitis media (OM) ialah sukar tidur, kerap menggaru atau menarik telinga yang sakit, demam, selesema dan kadangkala batuk.

Ia terjadi dalam dua cara, jangkitan yang akan menyebabkan rasa sakit diikuti dengan nanah kerana gegendang telinga pecah manakala satu lagi terjadi dalam bentuk keradangan. Simptom keradangan ialah rasa gatal tetapi tidak bernanah.

Dalam dua kejadian OM ini, keradangan membawa kesan jangka panjang seperti kurang pendengaran dan akan melambatkan perkembangan pertuturan anak jika tidak dirawat manakala jangkitan bernanah akan sembuh sepenuhnya menerusi pemberian antibiotik. Bagaimanapun ia bukan jaminan masalah itu tidak berulang.



Gegendang telinga yang pecah biasanya akan bertaut kembali dalam kes OM yang bernanah. Tetapi jika lubang yang pecah itu besar dan OM terjadi berulang kali, gegendang mungkin tidak akan bertaut dan menyebabkan kesan pada pendengaran.

Pakar Perunding Telinga, Hidung dan Tekak, Dr Amir Izwan Mohamed Dahan, berkata setiap kanak-kanak berisiko mengalami OM sejak berusia beberapa bulan hingga sembilan tahun.

Walaupun orang dewasa juga berhadapan masalah OM tetapi kanak-kanak lebih kerap menghidapinya kerana sistem ketahanan tubuh masih rendah dan tiub eustachian kanak-kanak (tiub yang menghubungkan bahagian atas tekak ke telinga tengah) pendek dan lurus berbanding orang dewasa,katanya.

Keadaan ini katanya, menyumbang kepada berlakunya OM dalam pelbagai cara. Selalunya tiub ini tertutup tetapi terbuka untuk proses Pengudaraan atau menambah udara dalam telinga tengah. Tiub ini juga berfungsi menyeimbangkan tekanan udara di telinga tengah dengan tekanan udara di kawasan sekeliling yang berubah.

Bagaimanapun, jika tiub itu tersekat oleh kebengkakan atau mukus yang terbentuk oleh selesema ia tidak akan terbuka untuk proses pengudaraan itu. Ini menyebabkan cecair dari lapisan tisu telinga tengah terkumpul. Jika tiub itu terus tertutup, cecair itu tidak kering.

Satu faktor lagi mengapa kanak-kanak kerap berhadapan dengan OM kerana tisu yang mengembang di belakang kerongkong (adenoids) kanak-kanak biasanya lebih besar berbanding dewasa. Adenoids terdiri daripada sel limfa yang besar untuk melawan jangkitan. Ia terletak di belakang bahagian atas tekak. Kerana saiznya, adenoids boleh mengganggu pembukaan tiub eustachian. Malah, adenoids mungkin berhadapan jangkitan dan jangkitan itu akan merebak ke tiub eustachian.

Untuk mencegah OM ada beberapa cara. Antaranya imunisasi menentang jangkitan virus pernafasan atau secara khusus menentang bakteria penyebab OM. Selain itu kebanyakan doktor menyarankan penggunaan antibiotik. Jika OM menyebabkan kesakitan, ubat tahan sakit diberikan. Penting untuk ibu bapa mematuhi arahan doktor dan antibiotik diberikan mengikut jadual hingga habis, katanya.



Apatah lagi katanya jika kanak-kanak itu diletakkan di pusat asuhan kerana ibu bapa bekerja. Kanak-kanak yang berhadapan dengan OM harus diasingkan dengan rakan lain.

Kanak-kanak yang tinggal dengan ahli keluarga yang merokok juga cenderung untuk berhadapan dengan risiko OM. Justeru, elakkan mereka dari persekitaran yang penuh dengan asap rokok. Menyusukan anak (sama ada susu badan atau susu botol) sambil berbaring boleh juga menyebabkan susu mengalir masuk ke dalam telinga tanpa disedari. Justeru perhatikan anak yang sedang menyusu.

Secara umum, OM disebabkan bakteria Streptococcus pneumoniae dan Haemophilus influenzae. Bakteria yang sama boleh menyebabkan selesema yang biasa dihadapi kanak-kanak. Perhatikan berapa lama dia terkena selesema. Kadangkala selesema berpanjangan tanpa batuk pun boleh menyebabkan OM.

Kesan OM pada kanak-kanak

Bukan saja menyebabkan kesakitan, ia boleh menyebabkan komplikasi lebih serius jika tidak dirawat. Jangkitan yang tidak dirawat akan merebak dari telinga tengah ke bahagian berdekatan kepala termasuk otak. Walaupun kehilangan pendengaran disebabkan OM bersifat sementara, OM yang tidak dirawat boleh menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Nanah yang keluar dari telinga tengah dan kronik OM akan mengurangkan keupayaannya mendengar dan melambatkan proses pertuturan dan berbahasa.

Saturday 29 September 2012

Dhia Azzalea talking

Salam...

video ni dah lama....kalau x silap masa umur dhia 10 bulan kot....
kakak dhia ni memang suka bebel2...dari kecik memang banyak ngomel...

Video sebelom ni pon video dia yang bebel2 tu...



Kembar DHIA dah setahun ++

Salam semua...lama betol x update blog ni....lately memang bz....
tup..tup...my twin dah setahun lebih dah...ni gambar terbaru my twins....
Berkelah di pantai irama bachok -  Dhia Azzalea

Dhia Batrisya
















Macam-macam ragam dalam membesarkan diorang....ada ketika suka dan duka....pelbagai dugaan dan cabaran,,, namun tu semua adalah pengalaman yg tidak ternilai dalam mendidik anak2 kembar ni...aku bersyukur di atas kurniaan dari Allah ini.



Wednesday 21 December 2011

Baby Talking

Assalamualaikum....


Dah beberapa hari lepas, anak kembar saya dah mula bercakap, ala-ala bahasa apa entah la...
tapi saya sangat gembira dalam banyak2 patah tu ada gak la perkataan papa, abah, bubu...hehehe...korang tgk la tuh



Sorry video x clear, camera phone murah jer


Tuesday 6 December 2011

Cara Nak Dapatkan Anak Kembar

Cara nak dapat bayi kembar ? huhh..Macam-macam spekulasi aku dengar. Ade orang cakap, skill yang digunakan mase "pembikinan" bayi kene "betul". Ade sesetengah orang cakap, selepas proses "pembikinan" bayi, kene goncang isteri kuat-kuat supaya telur yang tersenyawa terpecah kepada beberapa bahagian. Dari situ, dapat la bayi kembar.. kalau ovum yang tersenyawa terpecah kepada seratus bahagian, maka dapat lah kembar 100.. Konsep dah betul, fakta je mengarut..

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Untuk mendapat bayi kembar, nasihat doktor diperlukan terlebih dahulu. Ambil vitamin yang mengandungi folic acid, kalsium dan vitamin B6. Dari segi pemakanan, perlu lebihkan makan ubi kayu dan daging. 


Faktor-faktor kebarangkalian mendapat anak kembar:

GENETIK
Jika dalam salasilah keluarga korang terdapat pasangan yang mempunyai anak kembar, kemungkinan besar korang juga mampu mendapat anak kembar. Ini kerana trait sedemikian mungkin telah diturunkan kat korang. Trait yang dimaksudkan ialah penghasilan dua ovum secara serentak dalam satu masa.

UMUR
Perempuan yang berumur 35-40 dan keatas mempunyai potensi yang lebih besar untuk mendapat anak kembar. Pada ketika ini, kebanyakan wanita akan mengambil rawatan untuk kesuburan. Tambahan pula, mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause.

BILANGAN ANAK
Lagi banyak bilangan seseorang individu pernah melahirkan anak, lagi tinggi peluang beliau untuk melahirkan anak kembar selepas itu.

BERAT dan KETINGGIAN
Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mendapat anak kembar. Info dari kajian saintifik.

DIET
Seperti yang dibincangkan diatas. Pengambilan makanan-makanan tertentu yang mengandungi kandungan estrogen yang tinggi mampu meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.

PENGAMBILAN FERTILITY DRUG
Atau ubat untuk kesuburan. Pengambilan ubat tersebut meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan kebarangkalian mendapat anak kembar.