Sunday, 14 October 2012

HKL pisahkan Kembar Siam

Assalamualaikum...pembuka bicara hari ini.

Dalam tengah2 melayari internet..saya terjumpa satu info yang dah agak lama aku rasa...mengenai pembedahan bagi memisahkan pasangan kembar siam..ia merupakan kejayaan terbesar pihak Hospital Kuala Lumpur(HKL) dalam proses pembedahan kembar siam yang di katakan agak rumit.

Ia melibatkan pembedahan kembar siam yang berusia 1 tahun yang berasal dari Segamat, Johor. Kembar siam tersebut bercantum di bahagian tulang pinggul.

Pembedahan tersebut melibatkan 9 orang pakar bedah dan 36 orang jururawat turut memisahkan kembar yang bernama Muaiman dan Muaimin.

Pasangan tersebut turut berkongsi saluran kencing dan usus tetapi tidak mempunyai saluran dubur.


 
Muaiman(kanan) dan Muaimin beberapa hari selepas dilahirkan pada 14 april 2011
Info Kembar Muaiman Azli & Muaimin Azli :
  • Anak kedua dari 4 adik beradik
  • Lahir pada 14 April 2011 di Hospital Sultanah Aminah, Johor
  • Mempunyai 3 kaki
  • Bercantum di tulang pelvik
  • Mempunyai 1 pundi kencing sahaja
  • Tiada dubur
  • Mempunyai 1 alat sulit sahaja
Tahukah anda ...HKL adalah pertama di dunia yang berjaya pisahkan pundi kencing kembar siam...

Begitu tinggi nilai ilmu perubatan dunia sekarang ni...tp tinggi lagi KUASA ALLAH SWT yang menentukan sesuatu...



2 comments:

  1. syukur semua selamat...Doktor HKL pon setaraf dengan doktor2 hebat kt luar negara...proud to be Malaysian :)

    Potrait Manusia Menggunakan Jari

    ReplyDelete
  2. betol epik...kita patut berbangga doktor2 pakar di Malaysia ni

    ReplyDelete