Monday, 24 October 2011

Pembedahan Kembar Siam Berisiko Tinggi


Pasangan kembar Siam, Nur Shazwanie Zulkifli dan Nur Shazrinie berkemungkinan akan menjalani pembedahan bagi dipisahkan slps semua proses imbasan dan pemeriksaan menyeluruh dibuat oleh doktor pakar. Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Dr. Tengku Ramelah Tuan Senik berkata, proses tersebut amat penting untuk menentukan sama ada mereka turut berkongsi organ penting. Pembedahan ke atas kembar tersebut ketika ini sangat bahaya disebabkan mrka baru dilahirkan pada 22 September lalu. Beliau berkata, berat kembar Siam itu yg kurang drpd lima kilogram jg tidak memadai untuk sebarang pembedahan dijalankan. 


Buat masa ini, pasangan yg bercantum pada bahagian pusat sehingga dada itu sehingga kini masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk pemerhatian. Dalam pada itu, pihaknya tidak menolak kemungkinan pasangan kembar itu akan menjalani pembedahan pemisahan bagaimanapun ia bergantung kpda keadaan bayi tersebut. "Sekiranya mrka akan dipisahkan, pembedahan boleh dijalankan di luar negara mahupun dlm negara krna ia bergantung kpda jenis pembedahan yg akan dilakukan."Kita akan menilai pakar2 yg kita ada di sini dan kesesuaian mrka untuk menjalankan sebarang pembedahan selain perlu mengambil langkah2 keselamatan krna pembedahan ini sangat berbahaya memandangkan usia bayi2 tersebut masih muda,".




No comments:

Post a Comment