Saturday 29 October 2011

Adakah Botol Susu Bayi Anda Bebas BPA?



Apa itu Bisphenol A (BPA)

BPA merupakan bahan kimia industri yang digunakan dalam penghasilan botol
susu bayi polikarbonat.

Kesan BPA kepada kesihatan manusia

BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus menganggu
sistem fungsi tubuh. Walau bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan
berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi. Ini mewujudkan keadaan tidak pasti serta tiada
jaminan keselamatan bayi yang terdedah kepada BPA.

Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia mengambil keputusan mengharamkan penggunaan
botol susu bayi polikarbonat mulai 1 Mac 2011. Keputusan pengharaman ini diambil sebagai langkah
berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat
yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi
dan kanak-kanak.

Dalam tempoh 1 tahun, sekiranya pengguna masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat, pengguna
perlu mengambil langkah berjaga-jaga seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada BPA.

Panduan Penggunaan Botol Susu Bayi

Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu bayi polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi BPA. Botol susu ini
boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi (ada nombor 7 dalam simbol segi tiga kitar semula):

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan "BPA Free" atau "Bebas BPA"

Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

  1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air mendidih selama 5 hingga 10 minit.
  2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu polikarbonat untuk membancuh susu.
  3. Guna peralatan mencuci botol yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan tercalar.
  4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.

Pengguna boleh membuat pilihan dengan menukar botol susu polikarbonat kepada botol susu bebas BPA mengikut kemampuan masing masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain lain.  

Simbol BPA Botol Susu
Simbol BPA





No comments:

Post a Comment